Wednesday, November 14, 2007

Mukadimmah

Segala pujian bagi Allah yang telah menurunkan al-Quran. Firman-Nya dalam surah al-Nahl ayat ke - 89 yang bermaksud :



Selawat dan salam ke atas Rasullullah yang telah diberikan mukjizat al-Quran, panduannya al-Quran, akhlaknya al-Quran dan ketenangan dalam membaca al-Quran. Selawat dan salam juga ke atas kaum keluarga, para sahabat dan tabiin serta ke atas semua yang mengikuti mereka hingga ke hari kiamat.

Sebagai orang Islam, kita telah dimuliakan oleh Allah dengan diberikan kepada kita kitab yang paling hebat di bawah pimpinan Nabi yang paling unggul iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Allah s.w.t telah menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk ke jalan yang lurus untuk mencapai keredhaan-Nya. Firman Allah dalam surah al - Mai'dah ayat 15 - 16:


Al - Quran menjadi 'Nur' daripada Allah untuk kebaikan kepada kita. Antara kelebihan 'Nur' ini ialah ia menjelaskan banyak perkara iaitu menolak kebatilan dan syubhat serta menunjukan kepada kita tentang hidayah Allah.

Dalam ayat ke - 44 surah al - Fussilat pula, Allah berfirman :


Blog ini diwujudkan adalah untuk mendedahkan kepada anda rahsia - rahsia doa dan munajat para nabi dan rasul untuk difahami serta diamalkan. Alhamdullillah ... semoga ini akan mendatangkan manfaat kepada anda sekalian. Namun demikian, ia tidaklah bermakna kesempurnaan kerana asas yang dipegang bersama adalah :"Hanya Kitab Allah (al-Quran) sahaja yang terpelihara daripada kekurangan."

Mudah - mudahan kita dikurniakan kekuatan untuk beramal dengan segala perintah - Nya dan menjauhi segala larangan - Nya dengan mengambil hidayah daripada al - Quran ini. Insyaallah...

Friday, November 9, 2007

Pendahuluan

Segala puji - pujian tertentu bagi Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam. Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sahabat dan keluarga baginda. Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : "Doa itu senjata bagi orang mukmin." Kita memang sentiasa berdoa tetapi doa kita sering bebas tanpa panduan tertentu. Semua bangsa dan agama di atas muka bumi ini berdoa dengan cara mereka yang tersendiri. Apakah doa mereka sentiasa diterima Allah s.w.t lantas mereka berjaya membawa kemajuan hingga menerokai angkasa lepas dan menyelami dasar laut yang paling dalam?

Sedangkan umat Islam pula sering dikaitkan dengan kemiskinan dan kemalaratan, mangsa bencana alam seperti kemarau, banjir dan tsunami serta sering ditimpa kemalangan. Apakah doa umat Islam tidak pernah didengari Allah s.w.t?

Soalnya sekarang ialah apakah doa kita sudah berkualiti? Sesungguhnya doa memberi kebenaran di dalam hati. Allah akan berserta dengan apa yang kita sangkakan dan apa yang kita pohon. Kita berusaha ke arah apa yang kita minta kerana hati kita telah mengiakan. Sebab itu keyakinan diri amat penting.

Seorang stuntman yang akan meniti tali yang diregang di antara dua buah banggunan tinggi dengan hanya memangku sepotong kayu panjang melintagi tali buat mengimbangi tubuhnya. Dia kelihatan bongkok sedikit ke depan lalu merenung titik penghujung penitiannya dengan mata yang tajam. Kemudian dia pelahan - lahan tunduk berdoa, bertakafur sebentar sebelum memulakan penitian.

Sebenarnya dia sedang meletakkan keykinan yang tinggi di dalam hatinya yang dia akan berjaya melintasi tali dengan selamat kerana ini adalah soal hidup dan matinya.

Latihan dan kemahirannya memang sudah mantap. Tetapi ada faktor lain yang dia perlu ambil perhatian. Dia perlu berdoa supaya angin tidak tiba - tiba mengoncangkan talinya. Atau ketika itulah gempa bumi berlaku yang akan mengoyangkan kedua - dua buah banggunan itu. Atau otot - otot kaki dan tangannya tiba - tiba tidak mahu berfungsi. Apa pun boleh berlaku !

Bagaimanapun adat alam menyatakan bahawa alau bagaimana mahir pun seseorang itu melakukan keajaiban di atas muka bumi ini, dari masa ke semasa telah berlaku banyak kemalangan yang meragut nyawa. Siapa pun kita tanpa mengira kepercayaan, agama dan bangsa, ada doa kita yang dimakbulkan Allah dan ada doa kita yang tidak dimakbulkan Allah s.w.t.

Tetapi, bagi seorang Mukmin , ada satu lagi 'senjata tambahan' (spare weapon) iaitu jika seandainya doa kita tidak dimakbulkan Allah s.w.t di dunia, doa itu tetap akan dimakbulkan - Nya di akhirat.

Sebaik - baik contoh doa ialah doa para nabi dan rasul kerana mereka adalah manusia maksum. Doa mereka merupakan potongan ayat - ayat Al - Quran. Jadi, bagi kita yang mengamalkan membaca doa dalam dalam bahasa arab ini, kita berdoa dan membaca ayat al - Quran pada masa yang sama. Al - Quran adalah sebaik - baik susunan ayat munajat kepada Allah s.w.t Kata - kata ikhlas yang keluar daripada hati para nabi dan rasul adalah kata bimbingan dari pencipta alam, Allah s.w.t.

Namun dalam pada itu, para nabi dan rasul juga adalah manusia seperti kita yang tertakluk kepada alam sekitar, tertakluk kepada panahan cahaya matahari dan bulan yang sama, mengalami lapar dan dahaga yang sama dan akhirnya mengalami kesusahan, sakit dan wafat juga seperti orang lain.

Para nabi dn rasul berdoa kerana ada sebabnya. Ada rentetan sejarah yang boleh kitajadikan teladan. Doa para nabi dan rasul telah terjamin dan terbukti keberkesanannya. Oleh itu, kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w hanya perlu meniti di atas doa yang telah disediakan (tailor made).

Sekurang - kurangnya, jika kita belum mempunyai kilang atau depo senjata yang canggih untuk memerangi kemungkaran dan kekufuran, kita sudah bersedia dari segi kejiwaan dan kekuatan dalaman di mana ini juga akan dinilai oleh Allah s.w.t sebagai usaha dalam menyiapkan diri untuk berjuang dan memakmurkan muka bumi ini dengan kalimah tauhid.

Kalau Allah s.w.t kehendaki, tidak mustahil kekuatan doa ini boleh mengalahkan kekuatan lahiriah. Cuma kita sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa kekuatan lahiriah juga perlu dibangunkan pada masa yang sama.