tag:blogger.com,1999:blog-54904194166559617422024-03-05T13:56:35.963+08:00Himpunan Doa - doa NabiFirman Allah S.W.T dalam surah Fathir ayat 15, bermaksud: "Wahai sekalian manusia, kamu semua mengharapkan kepada Allah, sedangkan Allah S.W.T itu Maha Kaya (dari meminta kepada kamu)".
Sesuatu doa akan dimustajabkan Allah apabila menepati waktunya, adabnya dan tentunya jika dia berpandukan kepada munajat para nabi, rasul dan golongan salihin sebelum kita.Unknownnoreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-5490419416655961742.post-87837412705719078502008-08-01T21:09:00.000+08:002008-09-04T06:47:03.190+08:00Kandungan

Surah Al-Fatihah ibu segala doa, penawar segala masalah.

Doa agar menjadi hamba yang taat.

Doa semasa ditimpa musibah.

Doa untuk kebaikan dunia akhirat.

Doa agar diberi kesabaran dan kekuatan.

Ayat Al-Kursi: untuk menghindari perbuatan pukau dan sihir.

Ikrar orang-orang beriman.

Memohon keampunan atas kekurangan diri.

Memohon ketetapan hati dalam hidayah.

Doa untuk mendapatkan semula barang yang hilang.

Doa memohon keampunan.

Doa agar dapat membayar hutang.

Doa untuk bayi yang baru lahir.

Doa untuk mendapat zuriat.

Doa agar tergolong dalam kalangan orang beriman.

Doa pada kenderaan bermasalah.

Doa memohon pertolongan semasa menghadapi musuh.

Doa apabila menghadapi tekanan dan stress.

Doa golongan shuhada ketika memasuki syurga Allah s.w.t.

Doa agar selamat daripada golongan yang zalim.

* Doa agar dimasukkan ke dalam golongan orang beriman.
* Doa Nabi isa a.s. agar beroleh rezeki.
* Doa Iftitah.
* Doa ketika menyaksikan sembelihan Aldiladha.
* Doa memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t.
* Doa pembuka majlis.
* Doa agar terselamat daripada golongan orang jahat.
* Doa agar memohon Allah s.w.t. membalas hukuman.
* Doa memohon kesabaran dan mati dalam iman.
* Doa Nabi Musa untuk dirinya dan Nabi Harun.
* Doa agar terselamat daripada sifat lalai manusia.
* Kelebihan At-Ta'awwuz untuk menghalau syaitan.
* Doa memohon dicukupkan keperluan.
* Adab menutup doa.
* Doa menghindari sihir dan ilmu hitam.
* Doa memohon dijauhi angkara kezaliman.
* Zikir minta hujan.
* Doa agar beroleh rezeki.
* Doa ketika menaiki kenderaan di air.
* Doa Nabi Nuh memohon keampunan kerana meminta perkara yang tidak diketahuinya.
* Doa agar selamat dari godaan wanita.
* Doa Nabi Yusuf agar mati dalam Islam.
* Doa Nabi Ibrahim agar tempat tinggalnya menjadi aman.
* Doa Nabi Ibrahim agar keluarganya mendapat keampunan.
* Doa untuk kesejahteraan ibu bapa.
* Doa agar beroleh tempat tinggal yang baik.
* Doa agar beroleh keselamatan.
* Ucapan syukur dan takjub pada nikmat Allah s.w.t.
* Doa memohon perlindungan Allah daripada segala kejahatan.
* Kaf Ha Ya Ain Sad Memohon perlindungan Allah.
* Doa agar difasihkan lidah dan dilapangkan dada untuk berkomunikasi.
* Doa memohon ditambah ilmu.
* Ayat penawar daripada api dan rasa sakit.
* Doa agar beroleh kefahaman dan kuat ingatan.
* Doa Nabi Ayyub ketika ditimpa penyakit kronik.
* Doa Nabi Yunus ketika dalam kesusahan (perut ikan).
* Doa Nabi Zakaria agar mendapat zuriat.
* Doa ketika berhadapan dengan perkara yang rumit.
* Doa Nabi Nuh agar terselamat daripada ribut taufan.
* Doa agar dijauhkan daripada orang yang zalim.
* Doa agar terselamat daripada gangguan syaitan.
* Doa agar mendapat keampunan dan kerahmatan.
* Penawar pelbagai penyakit.
* Doa selesai Tasyahud akhir.
* Doa agar selamat daripada azab neraka.
* Doa agar beroleh pasangan dan anak-anak yang baik.
* Doa selepas wuduk.
* Doa agar tergolong dalam golongan yang soleh.
* Doa Nabi Ibrahim agar selamat daripada penghinaan.
* Doa Nabi Lut agar selamat daripada ahli maksiat.
* Doa Nabi Sulaiman agar menjadi hamba yang bersyukur.
* Doa Nabi Musa agar mendapat keampunan.
* Doa Nabi Musa agar selamat daripada kaum yang zalim.
* Doa Nabi Musa memohon perlindungan Allah.
* Doa Nabi Lut agar mendapat pertolongan terhadap golongan yang ingkar.
* Zikir setiap pagi yang petang.
* Doa agar dicukupkan keperluan.
* Doa agar dihilangkan perasaan sedih.
* Doa Saad bin Abi Waqqas agar tentera Islam dapat menyeberangi lautan.
* Doa Nabi Ibrahim agar dikurniakan anak yang soleh.
* Doa agar berat timbangan amalan kebaikan.
* Doa agar menjadi orang yang taat.
* Doa Nabi Muhammad s.a.w dalam qiyamullail.
* Penawar bagi hati yang gemar membuat maksiat.
* Doa para malaikat kepada orang yang beriman.
* Doa Sayidina Umar r.a ketika kemarau.
* Doa agar mensyukuri nikmat Allah.
* Kelebihan berdoa dengan Al-Asma Al-Husna.
* Doa memohon keampunan diri sendiri dan generasi terdahulu.
* Terapi daripada gangguan jin.
* Doa agar selamat daripada fitnah.
* Kelebihan ayat seribu dinar.
* Doa agar dikurniakan nur.
* Doa agar terselamat daripada seksa kubur.
* Doa apabila menderita sakit gigi.
* Doa agar Allah menghukum kaum yang ingkar.
* Doa agar beroleh kelapangan hati.
* Doa agar dipermudahkan urusan.
* Surah yang menjadi penawar kepada pelbagai masalah.
* Penawar daripada gangguan sihir.
* Penawar daripada gangguan jin.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5490419416655961742.post-61062043672090319932007-11-14T20:24:00.000+08:002007-11-15T07:46:10.256+08:00Mukadimmah
Segala pujian bagi Allah yang telah menurunkan al-Quran. Firman-Nya dalam surah al-Nahl ayat ke - 89 yang bermaksud :

Selawat dan salam ke atas Rasullullah yang telah diberikan mukjizat al-Quran, panduannya al-Quran, akhlaknya al-Quran dan ketenangan dalam membaca al-Quran. Selawat dan salam juga ke atas kaum keluarga, para sahabat dan tabiin serta ke atas semua yang mengikuti mereka hingga ke hari kiamat.

Sebagai orang Islam, kita telah dimuliakan oleh Allah dengan diberikan kepada kita kitab yang paling hebat di bawah pimpinan Nabi yang paling unggul iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Allah s.w.t telah menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk ke jalan yang lurus untuk mencapai keredhaan-Nya. Firman Allah dalam surah al - Mai'dah ayat 15 - 16:

Al - Quran menjadi 'Nur' daripada Allah untuk kebaikan kepada kita. Antara kelebihan 'Nur' ini ialah ia menjelaskan banyak perkara iaitu menolak kebatilan dan syubhat serta menunjukan kepada kita tentang hidayah Allah.

Dalam ayat ke - 44 surah al - Fussilat pula, Allah berfirman :

Blog ini diwujudkan adalah untuk mendedahkan kepada anda rahsia - rahsia doa dan munajat para nabi dan rasul untuk difahami serta diamalkan. Alhamdullillah ... semoga ini akan mendatangkan manfaat kepada anda sekalian. Namun demikian, ia tidaklah bermakna kesempurnaan kerana asas yang dipegang bersama adalah :"Hanya Kitab Allah (al-Quran) sahaja yang terpelihara daripada kekurangan."

Mudah - mudahan kita dikurniakan kekuatan untuk beramal dengan segala perintah - Nya dan menjauhi segala larangan - Nya dengan mengambil hidayah daripada al - Quran ini. Insyaallah...
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5490419416655961742.post-25476173944070157822007-11-09T14:36:00.000+08:002007-11-09T15:10:04.269+08:00Pendahuluan
Segala puji - pujian tertentu bagi Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam. Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sahabat dan keluarga baginda. Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : "Doa itu senjata bagi orang mukmin." Kita memang sentiasa berdoa tetapi doa kita sering bebas tanpa panduan tertentu. Semua bangsa dan agama di atas muka bumi ini berdoa dengan cara mereka yang tersendiri. Apakah doa mereka sentiasa diterima Allah s.w.t lantas mereka berjaya membawa kemajuan hingga menerokai angkasa lepas dan menyelami dasar laut yang paling dalam?

Sedangkan umat Islam pula sering dikaitkan dengan kemiskinan dan kemalaratan, mangsa bencana alam seperti kemarau, banjir dan tsunami serta sering ditimpa kemalangan. Apakah doa umat Islam tidak pernah didengari Allah s.w.t?

Soalnya sekarang ialah apakah doa kita sudah berkualiti? Sesungguhnya doa memberi kebenaran di dalam hati. Allah akan berserta dengan apa yang kita sangkakan dan apa yang kita pohon. Kita berusaha ke arah apa yang kita minta kerana hati kita telah mengiakan. Sebab itu keyakinan diri amat penting.

Seorang stuntman yang akan meniti tali yang diregang di antara dua buah banggunan tinggi dengan hanya memangku sepotong kayu panjang melintagi tali buat mengimbangi tubuhnya. Dia kelihatan bongkok sedikit ke depan lalu merenung titik penghujung penitiannya dengan mata yang tajam. Kemudian dia pelahan - lahan tunduk berdoa, bertakafur sebentar sebelum memulakan penitian.

Sebenarnya dia sedang meletakkan keykinan yang tinggi di dalam hatinya yang dia akan berjaya melintasi tali dengan selamat kerana ini adalah soal hidup dan matinya.

Latihan dan kemahirannya memang sudah mantap. Tetapi ada faktor lain yang dia perlu ambil perhatian. Dia perlu berdoa supaya angin tidak tiba - tiba mengoncangkan talinya. Atau ketika itulah gempa bumi berlaku yang akan mengoyangkan kedua - dua buah banggunan itu. Atau otot - otot kaki dan tangannya tiba - tiba tidak mahu berfungsi. Apa pun boleh berlaku !

Bagaimanapun adat alam menyatakan bahawa alau bagaimana mahir pun seseorang itu melakukan keajaiban di atas muka bumi ini, dari masa ke semasa telah berlaku banyak kemalangan yang meragut nyawa. Siapa pun kita tanpa mengira kepercayaan, agama dan bangsa, ada doa kita yang dimakbulkan Allah dan ada doa kita yang tidak dimakbulkan Allah s.w.t.

Tetapi, bagi seorang Mukmin , ada satu lagi 'senjata tambahan' (spare weapon) iaitu jika seandainya doa kita tidak dimakbulkan Allah s.w.t di dunia, doa itu tetap akan dimakbulkan - Nya di akhirat.

Sebaik - baik contoh doa ialah doa para nabi dan rasul kerana mereka adalah manusia maksum. Doa mereka merupakan potongan ayat - ayat Al - Quran. Jadi, bagi kita yang mengamalkan membaca doa dalam dalam bahasa arab ini, kita berdoa dan membaca ayat al - Quran pada masa yang sama. Al - Quran adalah sebaik - baik susunan ayat munajat kepada Allah s.w.t Kata - kata ikhlas yang keluar daripada hati para nabi dan rasul adalah kata bimbingan dari pencipta alam, Allah s.w.t.

Namun dalam pada itu, para nabi dan rasul juga adalah manusia seperti kita yang tertakluk kepada alam sekitar, tertakluk kepada panahan cahaya matahari dan bulan yang sama, mengalami lapar dan dahaga yang sama dan akhirnya mengalami kesusahan, sakit dan wafat juga seperti orang lain.

Para nabi dn rasul berdoa kerana ada sebabnya. Ada rentetan sejarah yang boleh kitajadikan teladan. Doa para nabi dan rasul telah terjamin dan terbukti keberkesanannya. Oleh itu, kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w hanya perlu meniti di atas doa yang telah disediakan (tailor made).

Sekurang - kurangnya, jika kita belum mempunyai kilang atau depo senjata yang canggih untuk memerangi kemungkaran dan kekufuran, kita sudah bersedia dari segi kejiwaan dan kekuatan dalaman di mana ini juga akan dinilai oleh Allah s.w.t sebagai usaha dalam menyiapkan diri untuk berjuang dan memakmurkan muka bumi ini dengan kalimah tauhid.

Kalau Allah s.w.t kehendaki, tidak mustahil kekuatan doa ini boleh mengalahkan kekuatan lahiriah. Cuma kita sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa kekuatan lahiriah juga perlu dibangunkan pada masa yang sama.

Unknownnoreply@blogger.com0